Jumaat, 28 Julai 2023

NAJIB PASANG KAKI NAK SELAMAT DARI PENJARA



Apandi klasifikasi skandal 1MDB tiada tindakan lanjut, kata Zeti

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Bank Negara Malaysia (BNM) menyerahkan kertas siasatan (IP) kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan syor untuk memulakan pendakwaan jenayah dan mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk pegawai kanannya.

Bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Azizi, 76, berkata walaupun bukti terlalu banyak dikumpul dan direkodkan oleh BNM, peguam negara ketika itu (Mohamed Apandi Ali) atas sebab yang tidak diketahui pada 11 September 2015 memutuskan IP itu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Saksi pendakwaan ke-46 itu berkata IP dikemukakan selepas 1MDB dan pegawainya didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) kerana memberikan maklumat palsu kepada BNM dalam permohonan kebenaran syarikat pelaburan strategik negara itu membuat pembayaran di luar Malaysia.

“Pada sidang media BNM mengenai KDNK suku kedua, pada 13 Ogos 2015, disebutkan bahawa BNM telah menyelesaikan penyiasatannya ke atas 1MDB, berkaitan bidang yang berada dalam bidang kuasa dan perundangannya. Mengenai akaun Datuk Seri Najib Razak (bekas perdana menteri), BNM telah memberikan semua maklumat yang berkaitan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang masing-masing,” katanya.

Zeti seterusnya berkata, BNM menulis semula kepada AGC pada 1 Oktober 2015, untuk mempertimbangkan semula keputusan (NFA) dan seterusnya menekankan maklumat penting tertinggal oleh 1MDB dalam permohonannya untuk kebenaran Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asiang (FEA).

“1MDB bukan sahaja gagal memberikan maklumat penuh dan lengkap dalam permohonannya untuk kebenaran FEA tetapi telah memberikan maklumat palsu. AGC, bagaimanapun, tidak menjawab rayuan BNM,” katanya.

Zeti berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, pada perbicaraan Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana milik 1MDB.

Katanya, menurut perundangan BNM, pihaknya terus membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB dan mengeluarkan arahan kepada 1MDB untuk menghantar balik ke Malaysia semua dana yang dihantar secara haram dan palsu ke luar negara.

“ Ketidakupayaan 1MDB seterusnya membawa balik wang itu dan memberikan bukti mengenai status dana menyebabkan kompaun dikenakan ke atas 1MDB…dengan persetujuan AGC, kompaun berjumlah RM15 juta telah dikenakan dan telah dibayar oleh 1MDB pada 25 Mei 2016,” katanya.

Beliau menjelaskan siasatan BNM terhadap kes itu adalah bagi tujuan membawa ke muka pengadilan pelanggaran undang-undang oleh 1MDB berhubung kiriman wang mereka ke luar negara sepanjang tempoh antara September 2009 dan Mei 2011 dan untuk memelihara integriti fungsi sistem kewangan negara. 

Katanya, pada 9 Jun 2015, peguam negara ketika itu Abdul Gani Patail mengadakan mesyuarat Pasukan Petugas 1MDB pertama melibatkan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim dan beliau sendiri  bagi membincangkan siasatan SPRM dan BNM mengenai 1MDB.

Zeti berkata pada minggu keempat Jun 2015, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut disertakan dalam mesyuarat pasukan petugas itu dengan berperanan menyelaraskan siasatan 1MDB dalam kalangan tiga agensi iaitu PDRM, SPRM dan BNM.

Bagaimanapun, katanya, pada 27 Julai 2015, pasukan petugas itu dibubarkan apabila perkhidmatan Abdul Gani tamat.

Beliau juga berkata bahawa tiada mesyuarat pasukan petugas diadakan oleh Apandi selepas beliau mengambil alih sebagai peguam negara baharu.

Menurutnya, Abu Kassim pada 5 Ogos 2015 mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dinasihatkan oleh peguam negara baharu (Apandi) bahawa Pasukan Petugas 1MDB tidak diperlukan dan setiap agensi penyiasat boleh menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang masing-masing.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Ogos ini. – Bernama, 27 Julai 2023.



NAJIB GANTI

 PEGUAM NEGARA

AMIN

GANTI KETUA

SPRM

AMIN

PASANG KAKI

SANA SINI

AMIN

INILAH CARA

KERAJAAN

KLEPTOKRASI

AMIN

BILA KERAJAAN

BARU MUNCUL

BARU NAJIB

DI DAKWA

AMIN

TAHNIAH PAK LONG

MAIL BERA

TAK GANGGU KERJA

PEGUAM NEGARA

AMIN

SEKARANG 

NAJIB DIREHATKAN

DI KAJANG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: