Khamis, 13 Julai 2023

POLITIK BARU DARI INDONESIA


Indonesia bincang situasi serantau dengan Australia, India


MENTERI Luar Indonesia Retno Marsudi mengadakan mesyuarat tiga hala dengan Menteri Luar Australia, Penny Wong, dan Menteri Hal Ehwal Luar India, S. Jaishankar, pada Rabu bagi membincangkan situasi serantau, lapor Agensi Berita ANTARA.

“Sebagai negara yang berkongsi banyak persamaan, perbincangan mengenai situasi serantau sangat penting,” kata Marsudi kepada media selepas mesyuarat di Kementerian Luar.

Beliau berkata mesyuarat tiga hala itu bukanlah yang pertama kerana pernah mengadakan pertemuan pada September lepas di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Marsudi berkata Indonesia, Australia dan India adalah negara demokrasi dan menjadi kuasa positif dalam menghormati undang-undang antarabangsa dan mengekalkan keamanan dan kestabilan.

Beliau  memuji sokongan Australia dan India terhadap pemusatan Asean dan pelaksanaan Asean Outlook on Indo-Pasifik (AOIP).

Marsudi berkata beliau menantikan penyertaan aktif kedua-dua negara itu dalam Forum Infrastruktur Indo-Pasifik Asean, yang dijadualkan pada September di luar Sidang Kemuncak Asean tahun ini.

Ketiga-tiga negara itu adalah ahli Persatuan Lingkaran Lautan Hindi (IORA) manakala Australia pula adalah ahli Forum Kepulauan Pasifik (PIF).

“Saya menerima sokongan padu daripada rakan-rakan saya, menteri luar Asean, mengenai kerjasama Sekretariat-ke-Sekretariat antara Asean-PIF dan Asean-IORA,” kata menteri itu.

Beliau berkata ini satu lagi sumbangan Indonesia ke arah menjadikan Indo-Pasifik sebagai wilayah yang aman dan sejahtera serta rakan kongsi yang melibatkan diri secara inklusif.

Marsudi juga menyuarakan harapan agar ketiga-tiga menteri itu mengenal pasti idea konkrit untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, maritim dan keterjaminan makanan.

Mesyuarat tiga hala itu adalah sebahagian daripada siri acara yang dianjurkan pada Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) ke-56 dengan negara rakan dialog.

Selain Australia dan India, rakan dialog Asean lain terdiri China, Rusia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, Kesatuan Eropah, United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat. – Bernama, 13 Julai, 2023.

SEMUA NEGARA

WAJIB BERAWAS

BERJAG JAGA

DENGAN

CHINA MERAH

KHALAS

Tiada ulasan: