Rabu, 19 Julai 2023

SUDAH KANTOI !!!


Tak masuk akal polis sukar hubungi Sanusi, kata Hamzah

ANEH apabila polis mengatakan Muhammad Sanusi Md Nor sukar dihubungi kerana menteri besar sementara Kedah itu mempunyai pengawal peribadi yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Hamzah Zainudin.

Dakwaan itu tidak masuk akal, tegas setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) itu menerusi video yang dimuat naik di Facebook tengah malam tadi.

“Yang amat pelik sekali ialah beliau sebagai menteri besar mempunyai seorang bodyguard (pengawal peribadi) yang juga datang daripada PDRM.

“Tidakkah sesuatu yang amat aneh sekali apabila polis sendiri mengatakan mereka tidak dapat menghubugi Sanusi?

“Ini adalah jawapan yang tidak masuk akal sama sekali kerana pihak polis mempunyai seorang (anggota) yang diletakkan di sebelah menteri besar untuk menjaga keselamatan beliau, boleh bertanya terus kepada bodyguard di mana Sanusi berada pada bila-bila masa,” katanya.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain semalam berkata Sanusi ditahan pada 2.30 pagi semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur  selepas beliau tidak menjawab panggilan telefon daripada polis sejak petang Isnin, untuk dimaklumkan perlu hadir ke mahkamah.

Sanusi banyak kali menolak panggilan telefon dari polis, katanya dipetik Bernama pada sidang media khas di Bukit Aman di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata Sanusi ditahan di Mont Kiara di Kuala Lumpur bagi memastikan beliau hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.

Sanusi mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Mengikut kedua-dua pertuduhan Sanusi didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Tuduhan ke atas Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu berkait ucapannya mengenai pelantikan menteri besar Selangor dalam satu ucapan di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara di Gombak pada 11 Julai.

Bagi tuduhan kedua, Sanusi dituduh membuat kenyataan hasutan berkait pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

Sanusi dalam ucapan pada 11 Julai itu antara lain menyebut Sultan Selangor memilih menteri besar yang “cokia”.

Ekoran itu, puluhan laporan polis dibuat ke atas Sanusi, yang seterusnya memohon ampun dengan menulis surat kepada Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin bagaimanapun semalam menitahkan perkara itu belum selesai.

Sanusi seterusnya ditahan polis pada dinihari di Lembah Kelang.

Satu video yang dimuatkan setiausaha politiknya Helmi Khalid di Facebook menunjukkan Sanusi dikutip di sebuah hotel pada kira-kira jam 2.30 pagi. – 19 Julai 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

HAMZAH X-KDN

KANTOIKAN PDRM

KAH KAH KAH

TAPI MUNGKIN

POLIS YG JAGA

SANUSI TAK IKUT

KE KL

KAH KAH KAH

ATAU POLIS INI

SEDANG  REHAT

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua orang paham.. saja tanya nak saja nak bergaduh.. tak kan ini pun tak paham.. pasal ini kejraan sebang kuat.. tanya macam ni pun nanti masuk kedalam.. radiokar nanti datang rumah.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Soalan yg lebih menarik lagi bagaimana Tin Milo Kopiah Puteh boleh main di playground elite ini Bukit Kiara? Tahu lah Hamzah dan butler dia main diSolaris? Agak Tin Milo dah penuh REE curi masyuk jugak boleh enjoy menjoy, suara nyaring.