Selasa, 18 Julai 2023

ZAHID CAKAP BETUL


Jabatan Peguam Negara ada fakta kes kuat untuk dakwa Sanusi, kata Zahid


PENDAKWAAN terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor adalah kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai fakta yang kuat untuk membawa kes itu ke mahkamah dan tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga bukan kerana titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa isu membabitkan kenyataan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah di negeri itu yang dianggap menghina institusi diraja Selangor masih belum selesai.

“Pada hemat saya pendakwaan ini adalah kerana AGC ada fakta kes yang kuat jadi jika beliau rasa dirinya tak bersalah, mahkamah inilah platform terbaik untuk menjawab segala tuduhan dan mempertahankan diri,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim yang mendakwa pendakwaan ke atas Muhammad Sanusi seperti klimaks dalam ‘melumpuhkan’ kemaraan PAS dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRN.

Presiden Umno itu berkata pihak terbabit juga tidak boleh mempertikai tindakan polis menahan Muhammad Sanusi di sebuah hotel di ibu negara pada kira-kira 3 pagi tadi.

“Jangan pertikai, itu hak agensi penguatkuasaan, pukul berapapun (nak tahan) kerana tindakan penahanan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, 24 jam,” katanya.

Terdahulu Muhammad Sanusi dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.

Pengarah Pilihan Raya PN itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.






ZAHID BERCAKAP

BENAR

AMIN

PEGUAM NEGARA

JUGA BUAT KERTAS

DAKWAAN 47

KES ZAHID

AMIN

MUSTAHIL 

PEGUAM NEGARA

BUAT SILAP

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: