Rabu, 23 Ogos 2023

AGAMA BANGSA DAN NEGARA


Umno yang mulakan naratif kaum, agama, kata pemerhati politik

UMNO terlebih dahulu menggunakan kaum dan agama untuk meraih undi sebelum gabungan Barisan Nasional (BN) ditolak pada 2018, kata pemerhati politik.

Naratif itu digunakan selama beberapa dekad untuk mendapatkan sokongan hingga mereka mengabaikan pelbagai usaha untuk pembangunan bangsa, kata mereka.

Pemerhati berkata meski sebelum Perikatan Nasional (PN) mula memainkan isu ini, Umno sudah pun menggunakan naratif itu.

Pengurus Program Iman Research Badrul Hisham Ismail berkata kerajaan perpaduan hari ini nampaknya mahu menggunakan pendekatan sama  untuk meraih sokongan dalam kalangan pengundi.

Katanya, ‘gelombang hijau’ tercetus yang menggambarkan kejayaan PAS dan Bersatu mendapatkan sokongan Melayu hanyalah kesinambungan sokongan yang diterima Umno sebelum pilihan raya umum 2018 dan kini kedua-dua parti ini dilihat sebagai benteng terakhir untuk orang Melayu.

“Adakah kita berada dalam laluan berbahaya dengan naratif bangsa dan agama? Saya fikir kita konservatif bertahun-tahun tetapi persoalannya, adakah kita menjadi lebih sayap kanan dari sebelumnya?

“Kita tidak menjadi sayap kanan semalaman.

“Apa yang membimbangkan adalah apabila kerajaan hari ini mahu menjadi populis atau menerima pakai idea populis,” katanya.

Tambahnya, kerajaan perpaduan hari ini ketika menjadi pembangkang begitu lantang tentang semua perkara.

“Namun sebagai kerajaan hari ini, kita dapat lihat nada mereka sama saja seperti kerajaan terdahulu,” katanya.

Kata Badrul negara tidak akan berada di landasan yang betul jika terus mengamalkan etnosentrisme.

“Semuanya bermula dengan Umno, ia berbahaya tapi kita tak pernah sentuh perkara ini. Jalan keluar hanyalah dengan membangunkan bangsa tapi kita tak pernah buat.

“Ada usaha selepas rusuhan 13 Mei dan selepas BN kalah pada 2018 tapi tiada kerajaan yang mampu bawa naratif pembangunan bangsa untuk diangkat,” katanya.

Dengan kemenangan PN dalam pilihan raya negeri baru-baru ini terutamanya di kerusi majoriti Melayu, pakar menyatakan kebimbangan kerajaan mungkin terpaksa menggunakan pendekatan yang sama seperti PN.

Mereka berkata pakatan PH-BN tidak mampu menarik pengundi Melayu, sekali gus memerlukan mereka untuk bersikap konservatif seperti lawan mereka.

Walau bagaimanapun, ada yang mencadangkan agar pentadbiran Anwar Ibrahim fokus kepada ekonomi bukannya menjadi konservatif. – 23 Ogos, 2023.

WOIT

AGENDA

MELAYU ISLAM

DAH DI AMBIL

OLEH PERIKATAN

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN

ADA AGENDA

KLEPTOKRASI

KAH KAH KAH

ADA AGENDA

ZAHID

KAH KAH KAH

ORANG LAIN DAH

GUNA PAKAI

 JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: