Sabtu, 26 Ogos 2023

MENTERI KDN DI FITNAH


Saifuddin tepis dakwaan KDN beri kerakyatan besar-besaran kepada warga asing


MENTERI Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menepis sebarang dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.

Tanpa memperincikan dakwaan itu, Saifuddin Nasution menyifatkan perkara itu satu tohmahan dahsyat yang dilontar tanpa rasa tanggungjawab yang memberi kesan terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.

“Jadi inilah yang sedang kami lakukan dan bukan mudah kerana isu kewarganegaraan ini isu yang sangat sensitif, tapi saya menepis sama sekali tohmahan yang menyebut bahawa ini ialah proses pemberian warganegara besar-besaran kepada warga asing terutama dari negara China.

“Beri kami ruang untuk menyelesaikan isu masa depan anak-anak daripada keluarga Malaysia yang proses pendaftaran perkahwinan itu tidak dibuat secara teratur dan sekarang ini apabila ada masalah dan banyak bilangannya kami nak membantu dari segi perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bagi pembelian van jenazah kepada Masjid Ar-Raudhah, Sungai Durian di Pokok Sena hari ini.

Pada majlis itu, Saifuddin Nasution turut menyampaikan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan kepada seorang penerima Khatanak Sayyan, 19, yang sebelum ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sejak dilahirkan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata terdapat lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,000 telah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.

Menurut beliau, sekiranya data berkaitan pemberian kewarganegaraan itu diputarbelitkan dan disebarkan, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap usaha kementeriannya menyelesaikan isu kewarganegaraan termasuk yang banyak disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan.

“Sebab puncanya adalah pelbagai, kadang-kadang ibu bapa gagal untuk segera membuat pendaftaran perkahwinan, sedangkan dalam kes kewarganegaraan prasyarat penting dokumen ialah sijil perkahwinan. Jadi apabila ada kekurangan itu lama-kelamaan masalah timbul kepada anak-anak yang dilahirkan.

“Jadi bila mereka (ibu bapa) cuba betulkan, mereka angkat pula permohonan, permohonan pula mengambil masa yang lama, dalam kes ini 19 tahun, 20 tahun pun ada, 15 tahun itu biasa, 12 tahun lagi banyak. Jadi itulah yang saya sebutkan bahawa maksud memberi, mempermudah kelulusan kewarganegaraan adalah untuk kes seperti ini (iaitu) ibu bapa orang Malaysia, anak lahir di sini,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara dilapor menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP. – Bernama, 26 Ogos, 2023.


WOIT

NAK DAPAT

JADI RAKYAT

MALAYSIA BUKAN

MUDAH

AMIN

BANYAK TAPISAN

MAKA TAK PERLU

FITNAH KDN

TUDUH BERI 

WARGA NEGARA

DENGAN MUDAH

AMIN

MENTERI KDN

BEKERJA DENGAN

BAIK

AMIN

YG MASIH JADI

SOALAN IALAH

KEMANA HILANG

1.2 JUTA WARGA

CHINA MERAH YG

MASUK KE 

TANAH MELAYU

TAPI 

TAK KELUAR

AMIN

YANG INI

KDN BELUM 

JELASKAN

AMIN

YANG 54 RIBU ITU

JELAS FITNAH

APAKAH YANG 

1.2 JUTA INI

JUGA FITNAH ?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: