Isnin, 7 Ogos 2023

PROJEK TUMBANGKAN KERAJAAN MASIH BERJALAN



Akta anti lompat parti tak halang kerajaan bertukar – Peja

SEREMBAN – Putrajaya boleh jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN) sekiranya parti itu memenangi semua enam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini walaupun terikat dengan Akta Anti Lompat Parti.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu tidak mustahil boleh berlaku mengikut proses undang-undang yang dibenarkan perlembangaan.

“Macam-macam cara (tukar kerajaan), walaupun di negara kita ada anti lompat parti, tetapi ada proses undang-undang yang boleh dijalankan untuk menukar sesebuah kerajaan.

“Begitu juga dengan kerajaan-kerajaan negeri lain, ada proses perundangan mengikut perlembangaan yang boleh dibuat,” katanya.

Beiau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jelajah PN Best Bersama Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang di Sendayan, di sini malam tadi.

Kerajaan Pusat yang kini dipimpin dua gabungan blok parti terbesar, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ditanya mengenai keyakinan PN memenangi sekurang-kurangnnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PN Negeri Sembilan berkata, mereka optimis ia mampu dicapai.

“Saya lihat perkembangan amat positif ada potensi kita mendapat 19 kerusi atau lebih untuk tubuh kerajaan negeri kerana bukan sahaja mendapat pengundi Cina tapi juga India berlaku perubahan sokongan yang amat ketara.

“Walaupun adalah juga ‘nyamuk’ (jentera PN kecewa calon) sana sini tapi jangan ambil kira sebab saya lihat dalam UMNO juga ada begitu,” katanya.

Mengulas mengenai berkenaan dakwaan wujud tindakan ‘jual kerusi’ dalam pemilihan calon PN di Negeri Sembilan, beliau menafikannya.

“Kalau saya boleh jual kerusi, saya ingat kita tak ada masalah duit, tak ada masalah kita nak berkempen dan sebagainya sebab kalau kita lihat kami berkempen dalam keadaan begitu ala kadar.

“Kepada mereka yang buat dakwaan fitnah saya telah jual kerusi, saya ampunkan supaya tak payah cari saya di padang mahsyar nanti,” katanya. – 

PROJEK 

TUMBANG

 KERAJAAN

MASIH DIATUR

KAH KAH KAH

APAKAH HADI

AKAN JADI

CALON PM

KAH KAH KAH

INI BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peja mcm Shahidan, Hilman S/U Pol Azmin semua kaki jamban karaoke. Ada Minah complen Polis Repot diPlaza Damas kes gangguan seksual Peja tak tahan tengok dahi licin dia nak tarik kejamban. BERSATU kaki Sakaw dan kaki betina.