Isnin, 11 September 2023

MUDA TARIK SOKONGAN


Syed Saddiq sah tarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan

AHLI Parlimen Muda tunggal akan duduk di bangku pembangkang berkuat kuasa serta-merta untuk membantah keputusan pendakwa raya minggu lepas menggugurkan 47 pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Muar itu mengesahkan Muda kini akan menjadi kuasa ketiga dalam pembangkang.

“Ini (menggugurkan pertuduhan rasuah) adalah permulaan untuk menormalisasikan rasuah.

“Kami tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan langkah tidak berprinsip ini.

“Biarlah saya dihukum dari hilang prinsip dan berdosa besar,” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan hari ini, sambil menambah partinya yang berasaskan belia akan kekal berprinsip.

Syed Saddiq mengesahkan beliau sudah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat JohariAbdul dan meminta supaya tidak duduk bersama-sama ahli Parlimen pada Isnin apabila Dewan Rakyat bersidang untuk mesyuarat Semakan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Syed Saddiq berkata beliau akan menjawab semua soalan berhubung keputusan itu dalam sesi langsung malam ini pada jam 8.30 malam.

Langkah ini kini akan mengakibatkan blok kerajaan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kerajaan perpaduan memperoleh majoriti dua pertiga semalam, berikutan kemenangan Suhaizan Kaiat di Pulai semalam.

Ia adalah kemenangan pilihan raya Parlimen pertama Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) di bawah kerjasama mereka.

PH mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum selepas Suhaizan memperoleh 48,283 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Syed Saddiq yang beliau memenangi kerusi Muar dengan bantuan PH pada pilihan raya umum lalu.

“Saya perlu ingatkan Syed Saddiq bahawa dia menang atas persefahaman dengan PH.

“Dia tidak menang Muar dengan merit sendiri. Dia menang kerana ada persefahaman pilihan raya dengan PH,” kata menteri pengangkutan itu kepada pemberita hari ini. – 10 September, 2023.


WOIT

MASIH ADA

3/4 SOKONGAN

LAGI KE ?

AMIN

KALAU TAKDA

TAK DAPAT

BUAT SEMPADAN

BARU

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua rakyat malaysia kena kencing dgn parti politik..sudah terang lagi bersuluh DAP hanya nK kuasa memerintah...roket yg membawa keadilan ..menentang rasuah telah jatuh kalaut dalam...Hancing seluruh negara

abuqassim berkata...

KAH KAH KAH
Atuk nyo tojen hos dh tunjuk koso
King maker nk bg kojo ssh skit..
Kito nengok sapo yg monang
KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

Ini budaya orang kita, curi bangsa sendiri tunding jari kepada orang lain kah kah kah, kaum sendiri agama sendiri curi rasuah, akhirnya tunding jari kepada orang lain kah kah dulu kini selamanya

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa, amir hadi adalah kuda isham dan syed sadiq adalah kuda mahatir asal kerala..oit sadiq, balik arab la buat pe biikin kecoh ditanah melayu..sadiq betul

Tanpa Nama berkata...

oit korang..korang tau tak apa maksud sadiq..sesapa yg pernah keje middle east atau study middle east pati tau maksud sadiq..ya sadiq..err ya pendatang..kahkahkah..takkan sakai tertipu dgn arab sadiq..