Jumaat, 22 September 2023

PELIWAT MINTA AMPON


Tuduh PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi


KUALA LUMPUR – Laporan polis akan dibuat oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri,  Shamsul Iskandar Md. Akin ke atas Ahli Parlimen Putrajaya Dr. Radzi Mohd Jidin yang menuduh Anwar sebagai peliwat.

Katanya, beliau akan meneliti hansard Dewan Rakyat terlebih dahulu dan jika benar kenyataan itu direkodkan, pihaknya akan meminta polis menyiasat ahli Parlimen berkenaan.

“Netizen sudah kecoh di media sosial dengan kata-kata Ahli Parlimen Putrajaya sebagai tuduhan ke atas Perdana Menteri sebagai peliwat.

“Saya minta jawapan, apakah benar Putrajaya perlu jawab perkara ini dan kita akan tengok hansard Dewan Rakyat.

“Kalau tidak, kita akan buat laporan polis di seluruh negara untuk menunjukkan bagaimana jahatnya sikap dan tembelang Radzi,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta Radzi jangan koyak kerana dalam perbahasan semalam, perkara dibangkitkan Perdana Menteri adalah mengenai pentadbiran lalu di mana Ahli Parlimen Putrajaya sebahagian daripadanya.

Katanya, perkara yang dibangkitkan Anwar berkaitan mengenai DNAA dalam kes Zahid Hamidi.

“Putrajaya sepatutnya baca peraturan mesyuarat dan Speaker Dewan Rakyat untuk mengeluarkan petua atau pun keputusan dengan bertanya kepada Anwar bagi menjelaskan apa sebenarnya yang diperkatakan.

“Maknanya, sesuatu isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen khususnya dalam Peraturan 36(6) iaitu sangkaan jahat, maka speaker perlu bertanya semula kepada seseorang ahli yang membangkitkan perkara itu.

“Dalam konteks ini, speaker kena tanya Perdana Menteri dan beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa dia merujuk kepada pentadbiran di mana Ahli Parlimen Putrajaya menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran yang lalu,” katanya.

Ujar Shamsul lagi, selepas mendengar penjelasan, Speaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan.

“Keputusannya tidak ada isu dan telah pun dijelaskan oleh speaker. Jika jawapan itu tidak memuaskan hati Putrajaya, peruntukan Perkara 99 Peraturan Mesyuarat menjelaskan bahawa Radzi boleh membuat usul kepada speaker.

“Perkaranya mudah sahaja tetapi Ahli Parlimen Putrajaya sengaja hendak menegakkan benang yang basah,” katanya. – 

    WOIT

KAH KAH KAH

PELIWAT?

KAH KAH KAH

INI MAKNANYA

MAIN BONTOT

KAH KAH  KAH

SALAH PASAI

APA ?

AMIN

KALAU TAK SALAH

TAK PERLU

MINTA AMPON

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: