Ahad, 17 September 2023

REFORMASI DAH JADI REFORMATI


Laungan 'Reformati', 'tangkap Zahid' bergema dalam himpunan Selamatkan Malaysia

Laungan “Reformati” bergema di himpunan Selamatkan Malaysia di ibu kota hari ini ketika ribuan hadir untuk membantah keputusan pendakwa raya memohon lepas tanpa bebas (DNAA) 47 kes Yayasan Akal Budi Timbalan Perdana Mentwru Ahmad Zahid Hamidi. 

Hadirin yang kebanyakannya berbaju putih turut melaungkan gesaan untuk menangkap Zahid yang turut terlibat dalam skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Dr Afif Bahardin dari Perikatan Nasional (PN) berkata 25 tahun lalu penyokong Anwar berkumpul di tengah-tengah ibu kota untuk menentang kezaliman. 

"Hari ini saya isytiharkan Reformasi sudah mati. 

"Kita sudah tiada jalan lain. Himpunan ini hanyalah permulaan," katanya. 

Laungan Reformasi dipopularkan pada tahun 1998 selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri. 

Antara yang hadir mantan ketua Paemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin, aktivis-aktivis politik serta badan bukan kerajaan. 

Afif turut mengkritik Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kerana mengambil selfie bersama Zahid walaupun semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 lalu berjanji untuk memenjarakan presiden Umno itu. 

Hadirin turut membuat gaya “angkat tangan” Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bagi memprotes keputusan DNAA itu. 

Terdahulu peserta himpunan berkumpul di Masjid Kampung Baru dan berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menemani sekretariat Selamatkan Malaysia membuat laporan terhadap Zahid. 

Sementara itu, ahli sekretariat Selamatkan Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz berkata, keadilan perlu dilihat dijalankan kepada semua. 

"Ini bukan pertemuan kita yang terakhir. 

“Usaha selamatkan Malaysia akan diteruskan," katanya.

CISS DURJANA

REFORMASI

DAH JADI

REFORMATI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: