Rabu, 6 September 2023

WAYANG PAK DALANG



SPRM siasat lanjut kes pecah amanah, rasuah babit Yayasan Akalbudi

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata beliau menyerahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk menyiasat lanjut kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

“Saya serahkan kepada pegawai penyiasat saya untuk menyiasat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di Sepang hari ini.

Pada Isnin lepas Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Semalam Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan permohonan pihak pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan dibuat berdasarkan alasan dikemukakan dan diterima oleh mahkamah.

Hakim Sequerah yang membuat keputusan tersebut menyatakan alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent). – Bernama, 6 September, 2023.


WOIT

INI NAMANYA

WAYANG

PAK DALANG

KAH KAH KAH

DI LONDON

DI PANGGIL

TEATER

KAH KAH  KAH

MELAYU MODEN

PANGGIL INI

SANDIWARA

KAH KAH KAH

NAK TUTUP

PEKONG YG DAH

TERBARAI

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah kalau lah SPRM lurus selalu mungkin 80 peratus penguatkuasa di negaraku masuk senarai, mana boleh selamat mereka selamat kan, yang ada kabel lagi cepat selamat yang tad ada masuk masuk masuk, sapa berani lawan TPM woit, realpolitik dunia semua sudah tahu, percaya Zahid lebih baik dari Mahiaddin, mungkin lebih baik dari Mahathir terbaik sekali berbanding Hadi Sotong betulkan? Kah kah kah kita kena pilih yang lebih baik bukan yang teruknya lebih buruk perangai Taliban kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Sudah 4 tahun berlegar kes jahat Zahid nie... Alih2 padam macam tu je... penyapu punya penyamun...