Rabu, 18 Oktober 2023

APA SALAH SAJAT ?


Kerajaan tegas tolak LGBT, kata menteri agama

KERAJAAN berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam kalangan masyarakat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut konsisten dengan pendirian kerajaan itu, namun dalam konteks hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak menolak hak tertentu kepada golongan LGBT seperti hak pendidikan.

“Sebab itu, pendekatan yang diambil dalam konteks Jakim adalah bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk memberikan kesedaran dan mengambil tindakan untuk memastikan agar golongan ini kembali kepada fitrah yang sebenar serta menyedarkan mereka daripada kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat berhubung perkara itu.

Menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu sama ada Jakim mempunyai maklumat berkaitan jumlah perkahwinan sama jantina di negara ini, Na’im berkata tiada perkahwinan sejenis pernah direkodkan atau didaftarkan Jakim.

“Jabatan agama Islam negeri juga tidak ada satu pun perkahwinan melibatkan sesama jenis yang didaftarkan. Itu adalah jelas.

“Hatta, kalau katakan perkahwinan itu dilangsungkan juga, apabila pihak ini ingin berhasrat daftarkan (perkahwinan mereka di negara ini), ini mustahil sebab undang-undang tidak membenarkan,” katanya merujuk kepada akta ataupun Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. – Bernama, 18 Oktober, 2023.

WOIT

INI NAK TIBAI

SAPA ?

KAH KAH KAH

NAK TIBAI

SAJAT ATAU

NAK TIBAI SAIFOL

KAH KAH KAH

APA KOMEN

PMX

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku nak pakai seluar dalam kah tak mahu pakai kah, nak pakai seluar dalam perempuan lelaki aku punya suka, engkau orang tak payah sibuk bab seluar dalam, pergi urus negara dengan baik, jangan curi jangan rasuah jangan skodeng jangan rogol jangan rompak orang lain sudah kah kah kah