Ahad, 8 Oktober 2023

AWAS !!! JEREBU



19 kawasan rekod IPU tidak sihat


SEMBILAN belas kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Berdasarkan dat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU itu direkodkan di Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Terengganu.

Kawasan tersebut adalah: Larkin (163), Bukit Rambai (163), Batu Pahat (163), Nilai (161), Larkin (158), Alor Gajah (156), Bandar Raya Melaka (155), Segamat (155), Tangkak (155), Cheras (154) Port Dickson (153), Pasir Gudang (152), Seremban (151), Putrajaya ( 143), Banting (127), Rompin (120) , Kemaman (111), Batu Muda,(103) dan  Paka (102).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU 300 ke atas dikategorikan sebagai merbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pemantauan kualiti udara terletak di seluruh negara. – 8 Oktober, 2023.

JEREBU

MAKIN MEREBAK

AMIN

BERJAGA JAGA

KHALAS

Tiada ulasan: