Isnin, 16 Oktober 2023

HAMAS BERJAYA TAWAN ASKAR ISRAEL



Tentera Israel dakwa 155 orang masih dalam tawanan Hamas

JERUSALEM: Angkatan Pertahanan Israel mendakwa, seramai 155 tawanan dari negara itu masih berada di tangan pasukan Hamas.

Sehubungan itu, pelbagai usaha berterusan dilakukan tentera Israel untuk membebaskan tawanan-tawanan tersebut.

Pasukan tentera dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan tawanan-tawanan itu "segera" dan tanpa "sebarang syarat," kata Presiden Israel, Isaac Herzog pada Ahad.

"Kita berusaha yang terbaik, tentu saja, untuk mengenal pasti nasib mereka dengan tepat melalui pelbagai sumber dan kita menuntut kecaman yang tegas daripada masyarakat antarabangsa serta menuntut pembebasan tawanan-tawanan ini," kata Herzog dalam temubual dengan Wolf Blitzer CNN.

Herzog berkata, apa yang berlaku adalah "situasi yang rumit" kerana Hamas tidak "mengikut mana-mana peraturan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam sebarang cara atau format.

“Selama bertahun-tahun, mereka telah mengekalkan tentera Israel, mayat, warganegara daripada konflik sebelum ini, tanpa memberikan sebarang maklumat tentang nasib, lokasi, dan keadaan mereka."

Beliau turut mendakwa, ada "usaha antarabangsa yang besar" untuk membawa pulang tawanan-tawanan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat khususnya atas sokongan mereka.

Presiden Israel berkata, beberapa daripada tawanan-tawanan itu memerlukan ubat-ubatan dan rawatan khas selain menyifatkan situasi berkaitan kesihatan mereka sebagai "sangat rapuh." - Agensi


WOIT

155 INI TERMASUK

SEORANG KOLONEL

AMIN

YANG INI MEDIA

TAK HEBOHKAN

KERANA MALU

 ISRAEL

KOMANDAN KEM 

 KENA TAWAN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: