Isnin, 9 Oktober 2023

KAWASAN JEREBU !!!


Jerebu: IPU tidak sihat di 17 kawasan seluruh negara


SEBANYAK 17 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh negara setakat jam 7 malam ini.

Angka kawasan yang mencapai bacaan IPU tidak sihat itu meningkat berbanding semalam apabila empat kawasan di Johor dan Negeri Sembila merekodkan bacaan kualiti udara tidak sihat.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka merekodkan bacaan IPU tidak sihat hari ini masing-masing 161 dan 159.

Sementara, kawasan lain dengan bacaan IPU tidak sihat termasuk di Larkin (152), Batu Pahat (161), Tangkak (154), Segamat (153), Bandaraya Melaka (153), Alor Gajah (154), Port Dickson (154), Seremban (143), Banting (152), Putrajaya (151), Klang (125), Cheras (155), Shah Alam (101), Rompin (116), Indera Mahkota Kuantan (102), Kemaman (110) dan Paka (112).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Sementara 52 stesen seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana dan hanya tiga kawasan mencatatkan IPU baik.

Kawasan yang mencatatkan IPU baik di Sibu, Sarawak dengan bacaan 49, Kimanis 28 dan Keningau 37 di Sabah.

Presiden Indonesia Joko Widodo memberi peringatan bahawa asap daripada kebakaran hutan dan tanah di negara itu berpotensi untuk tersebar secara meluas.

Beliau turut memerintahkan supaya pegawai tertinggi tentera dan polis serta pemerintah daerah mengambil tindakan segera dengan serius untuk mengatasi masalah itu.

“Memang setiap kebakaran menghasilkan asap yang boleh tersebar secara meluas jika dibawa oleh angin,” kata Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi.

“Setiap titik kebakaran, tidak kira betapa kecilnya, mesti dikawal untuk mengelakkannya daripada merebak,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas mengenai peningkatan pencemaran udara di negara-negara jiran susulan asap kebakaran di wilayah Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Jokowi berkata suhu di negaranya kini lebih panas daripada suhu normal sehingga musim kemarau berlangsung panjang serta berpotensi meningkat dan memperluas titik panas di beberapa wilayah.

Beliau bagaimanapun yakin usaha mengawal kebakaran yang sedang dilakukan sekarang lebih baik berbanding kebakaran hutan pada 2015.

“Kami masih boleh mengawalnya dengan baik di sini,” katanya.

Puncak musim kemarau di Indonesia dijangkakan berlaku bulan ini, berikutan peningkatan titik panas dari Ogos dengan beberapa wilayah termasuk Jawa tidak menerima hujan sejak tiga bulan lalu.

Malaysia bersedia untuk bekerjasama menangani kebakaran hutan dan tanah yang sedang melanda di beberapa wilayah di Indonesia sekiranya diperlukan, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Tawaran itu terkandung dalam surat rasmi yang dihantar Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad kepada rakan sejawatannya di Indonesia Siti Nurbaya Bakar.

Konsulat Malaysia di Pontianak telah menyumbang enam mesin pam air kepada pemerintah Wilayah Kalimantan Barat pada Ogos untuk pencegahan dan pengawalan kebakaran hutan dan tanah.

Dalam kenyataan rasmi Isnin lepas, Siti Nurbaya menjelaskan aduan Malaysia mengenai jerebu Indonesia adalah tidak tepat.

“Kami telah memantau keadaan dan tiada jerebu rentas sempadan yang sampai ke Malaysia,” katanya. – Bernama, 8 Oktober, 2023.

ELAK DARI

MEMBAKAR 

SAMPAH

AMIN

KITA SELAMATKAN

OXYGEN KITA

KHALAS

Tiada ulasan: