Selasa, 24 Oktober 2023

KENAPA NILAI RINGGIT JATUH


KENAPA NILAI

RINGGIT JATUH 


Post

RINGGIT DAN ANWAR IBRAHIM
1. Pada awal pentadbiran Anwar Ibrahim, beliau mengambil keputusan untuk mengingkar janjinya dan menggalas jawatan Menteri Kewangan atas dasar kemahiran luasnya dalam bidang kewangan negara.

2. Namun, Ringgit hari ni telah jatuh ke tahap terendah sejak krisis kewangan Asia pada 1997. Ianya satu titik hitam buat sejarah negara yang kembali ke paras krisis. 

 3. Ada yang berkata kadar matawang kita mungkin rendah disebabkan pengukuhan Dolar US. Tapi prestasi Ringgit ini juga merupakan prestasi matawang yang terburuk di Asia Tenggara, dan kedua terburuk di benua Asia buat tahun 2023. 

 4. Ada pula yang mengatakan Ringgit yang lemah ini akan meningkatkan nilai penjualan hasil pengeluaran negara. Kata mereka, inilah sebabnya Yen Jepun, matawang yang mencatat prestasi terburuk di Asia, masih dalam keadaan stabil. 

5. Kenyataan ini juga tidak tepat, kerana Jepun adalah antara pengeksport kelima terbesar di dunia, seperti yang kita sedia maklum dengan kepakaran pengeluaran elektronik, kenderaan dan barangan pembuatan lain. Manakala Malaysia mengeksport hanya satu pertiga daripada jumlah nilai eksport Jepun.

6. Prestasi eksport Malaysia juga telah menurun selama 6 bulan berturut-turut, sekaligus memberi kesan terus kepada pendapatan negara. Prestasi pendapatan yang tersasar daripada unjuran seperti ini juga meluaskan jurang defisit fiskal belanjawan negara. 

7. Selain itu, matawang Ringgit dan kadar pendapatan negara yang rendah seperti ini adalah suatu ketidak seimbangan dan juga memberi kesan terus kepada kuasa pembelian negara. Contohnya, Malaysia mengimport makanan pada harga RM81bilion pada tahun lepas, dan jumlah ini bakal mencecah RM95bilion tahun ini pada kadar semasa Ringgit.

8. Ini memberi kesan terus kepada kadar inflasi negara, yang sudah pun bakal meningkat dengan peningkatan cukai perkhidmatan dan pengurangan subsidi barang makanan asas dan kos tenaga yang dijadualkan untuk tahun depan. 

9. Hakikatnya, prestasi Ringgit ini merupakan cerminan prestasi ekonomi semasa negara. Ringgit yang lemah adalah hasil permintaan asing yang lemah kerana kekurangan pelaburan dan juga dagangan.

10. Namun, kerajaan masih memperuntukkan jumlah perbelanjaan yang besar yang tidak akan dapat dibiayai oleh pendapatan negara. Oleh yang demikian, negara sudah pasti akan membuat pinjaman baru, walaupun Malaysia adalah antara penanggung beban faedah hutang terbesar di Asia, dengan hutang termasuk liabiliti yang mencecah RM1.45trilion dan beban faedah yang menelan 16sen daripada setiap seringgit pendapatan negara.

11. Justeru, jelaslah sudah tiba masanya perlu ada Menteri Kewangan baru. 


TULISAN
 Ir. Mohd Zin bin Mohamed
 19 OKTOBER 2023
T

Tiada ulasan: