Khamis, 12 Oktober 2023

MANGSA EKONOMI MERUDUM


MYAirline gantung operasi hari ini


MYAIRLINE Sdn Bhd menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Dalam satu kenyataan awal pagi ini syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata keputusan itu diambil berikutan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan dan permodalan semula pemegang saham syarikat penerbangan itu.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi kami.

“Kami berusaha tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata lembaga pengarahnya.

Namun begitu MYAirline berkata ia akan terus komited untuk membantu mereka yang terjejas menghadapi situasi tersebut dan menasihati penumpang yang terkesan supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari pengaturan perjalanan alternatif ke destinasi mereka.

“Sila hubungi kami di customercare@myairline.my dan pasukan sokongan kami akan sedia untuk memberikan bantuan mereka,” katanya.

MYAirline juga berkata lembaga pengarah, pemegang saham dan MYAirline akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi komitmen pada sebarang garis masa.

“Kami sekali lagi memohon maaf yang tidak terhingga atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan sebarang makluman yang tersedia,” tambahnya.

Semalam Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata MYAirline perlu menjelaskan sebarang isu yang dihadapi kepada kementerian berkenaan menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebelum agensi itu menyediakan sebarang bantuan.

Terdahulu media tempatan melaporkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dipercayai akan menerima pelabur baharu yang berpotensi iaitu anak Premier Sarawak Abang Johari Openg, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari berikutan masalah kewangan yang melanda MYAirline.

Ini berlaku selepas Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo meletak jawatan minggu lepas atas sebab kesihatan. – Bernama, 12 Oktober, 2023.

AWAS !!

INI PETANDA

JELAS EKONOMI

MERUDUM

AMIN

BANYAK SYARIKAT

KECIL RESTORAN

WARUNG 

TUTUP KEDAI

AMIN

MULA DENGAN

MAT KOBID

SAMBUNG DENGAN

PERANG UKRIANE

KINI DI LUASKAN

DENGAN GAZA

AMIN

BAHAYA PERANG

DUNIA MAKIN JELAS

KHALAS

Tiada ulasan: