Ahad, 15 Oktober 2023

MASJID NEGARA BUKAN MUSUH PALESTIN




AS, UK, EU

 bersubahat dengan

 Israel lakukan 

jenayah perang – 

Nurul Izzah
KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kesatuan Eropah (EU) bersubahat dengan Israel melakukan jenayah perang terhadap penduduk Palestine di Gaza.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, adalah jelas Israel telah melakukan jenayah perang dan semua entiti terbabit bersubahat kerana memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap regim tersebut.

Penggunaan bom fosforus putih ke atas penduduk Gaza katanya, adalah antara jenayah perang yang ditelah dicabuli Isreal.

“Israel melakukan jenayah perang, dan AS, EU, UK secara berkesan melanggar undang-undang antarabangsa dengan mengisytiharkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap tindakan Israel.

“Menjatuhkan hukuman kolektif ke atas orang awam, pemindahan paksa dan penggunaan haram fosforus putih adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas,” tegas beliau.

Beberapa bukti menunjukkan Israel menggunakan bom fosforus putih yang akan membakar kulit dan tubuh manusia secara berterusan.

Bom itu boleh menyebabkan kecederaan serta-merta pada paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang.

Fosforus putih juga boleh mengakibatkan api yang marak dan cepat merebak di atas tanah, malah dalam beberapa laporan, apinya didakwa amat sukar untuk dipadamkan apabila dinyalakan.

Selain itu Israel turut mengeluarkan arahan supaya penduduk di utara Gaza untuk meninggalkan zon berkenaan dalam tempoh 24 jam dan dilaporkan aset negara itu telah berada di sempadan wilayah Palestine tersebut.

“Kita memerlukan gencatan senjata segera untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.

“Kita mesti memastikan pemulihan perkhidmatan asas dan penyampaian bantuan kemanusiaan. Mereka mesti dibenarkan pulang dengan selamat ke rumah mereka,” katanya di platform X.

Sejumlah 300 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam lalu.

Sejak perang bermula 7 Oktober lalu sejumlah 2,224 penduduk Palestine dibunuh regim Zionis dan 8,744 cedera.-

WOIT

NURUL CAKAP

BETUL

AMIN

AMERIKA 

BANTU ZIONIS

AMIN

TAPI PASAL APA

DEMO DI MASJID 

NEGARA

AMIN

MASJID NEGARA

BUKAN MUSUH

PALESTIN

AMIN

PERGI BERDEMO

DEPAN KEDUATAAM

AMERIKA JALAN

AMPANG

AMIN

LAWAN AMERIKA

LAWAN BRITISH

BARU  SASARAN

 BETUL

AMIN

DEMO DALAM

MASJID NEGARA

TAK SAPA AMBIL POT

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demo depan semua McDonald's. TT bila mau turun berdemo?

Tanpa Nama berkata...

yang ni gua setuju degan lu.... jangan kecut telo di negara sendiri... demo di tempat yang betul