Rabu, 11 Oktober 2023

POLIS TANGKAP POLIS


319 polis Selangor dikenakan tindakan tatatertib Jan-Sept 2023

SERAMAI 319 pegawai dan anggota polis di Selangor dikenakan tindakan tatertib atas pelbagai kesalahan antara Januari dan September tahun ini.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata antara kesalahan dilakukan adalah yang berkaitan tindakan melanggar integriti, kesalahan berkaitan tadbir urus, rasuah, jenayah, jenayah syariah dan dadah.

“Saya tidak akan berkompromi dan melindungi kesalahan atau jenayah yang dilakukan mereka (anggota), walaupun angka itu sangat kecil berbanding kekuatan anggota di negeri ini seramai 15,000 orang, kita tidak akan ambil mudah mengenai kesalahan ini.

“Selain itu (dalam tempoh Januari hingga September lepas) 45 anggota dan dua pegawai kanan polis dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas  program Latih Amal Ops Ex-Ganjar 2023 di Pelabuhan Klang, hari ini.

Sementara itu Hussein berkata indeks jenayah di Selangor meningkat enam peratus berbanding tahun lepas, namun ia tidak melangkaui nilai ambang yang ditetapkan oleh pihaknya.

“Ada peningkatan ekoran peningkatan aktiviti ekonomi selepas pandemik Covid-19 dan sebagainya, polis akan mengambil tindakan yang lebih agresif dalam mengekang aktiviti jenayah,” katanya. – Bernama, 11 Oktober, 2023.

WOIT

TAHNIAH !!!

POLIS BERANI

TANGKAP POLIS

AMIN

NI BARU POLIS

SELANGOR

AMIN

NEEGRI LAIN

ADA BERAPA

LAGI

KHALAS

Tiada ulasan: