Sabtu, 7 Oktober 2023

SPRM JANGAN MAIN SANDIWARA


SPRM siasat peguam berkait pemulihan aset 1MDB

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat pembabitan beberapa individu didakwa terbabit rasuah dan pengubahan wang haram ketika usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh kerajaan, lapor media.

Bernama memetik sumber SPRM melaporkan siasatan kes itu turut membabitkan seorang peguam.

“Seorang daripada mereka merupakan peguam didakwa menerima sejumlah wang yang dikatakan dilaburkan di dalam sebuah syarikat pelaburan tidak berlesen yang pernah diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia pada 2021,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Menurut sumber itu lagi, peguam berkenaan juga sebelum ini dikatakan telah dilantik oleh 1MDB bagi menyelesaikan isu aset 1MDB dengan syarikat luar negara.

Katanya, pegawai SPRM telah hadir ke firma guaman itu semalam bagi mendapatkan dokumen berkaitan penyiasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini mengesahkan agensi antirasuah sedang menyiasat seorang peguam yang terlibat dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan semula aset 1MDB.

Beliau dipetik Malaysiakini sebagai berkata peguam itu merupakan salah seorang daripada beberapa individu yang disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Haram 2001.

Azam bagaimanapun tidak menamakan peguam yang sedang disiasat itu.

Beliau dalam pada itu menegaskan kehadiran pegawai SPRM ke premis milik peguam terbabit semalam tidak menyalahi mana-mana akta yang berkuat kuasa kerana pihaknya mematuhi peraturan serta menyedari privasi antara peguam terbabit dengan klien. – 7 Oktober, 2023.

INI BUKAN

TEATER NAK

BEBASKAN NAJIB ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

NANTI MALAON

NI DAPAT DNAA

PULAK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: