Isnin, 20 November 2023

AGUS DI PANGGIL POLIS


Bekas ketua pengarah J-Kom dipanggil hari ini di PPD Kajang, kata KPN

POLIS Diraja Malaysia mengesahkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Dr Mohammad Agus Yusoff akan hadir memberi keterangan hari ini susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Beliau berkata selain Mohammad Agus terdapat lagi beberapa individu lain dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Hanya beliau (Mohammad Agus) dipanggil hari ini manakala Wahab (Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, Penolong Pegawai J-KOM) akan dipanggil dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama hari ini.  

Sementara itu mengulas mengenai individu bergelar “Mr H” yang dikaitkan dengan kes berkenaan Razarudin berkata ia masih dalam siasatan polis.

Terdahulu tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat Kuala Lumpur mendakwa video itu disunting dan membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. – Bernama, 20 November, 2023.

WOIT

POLIS AKAN

PANGGIL SAPA

LAGI ?

JENG JENG JENG

PANGGIL MISTER H ?

SATU DUNIA NAK

TAHU SAPA

MISTER H

KAH KAH  KAH

KHALAS

Tiada ulasan: