Mahkamah ringankan hukuman mati, penjara sepanjang hayat 11 banduan
MAHKAMAH Persekutuan hari ini meringankan hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat terhadap 11 banduan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847).
Kesemua mereka sebelum ini dijatuhi hukuman gantung dan pemenjaraan sepanjang hayat atas kesalahan berkaitan dadah.
Keputusan hari ini dibuat selepas panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang kali pertama selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 sebulat suara membenarkan permohonan semakan semula hukuman mati kumpulan pertama banduan akhir berkenaan.
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dikuatkuasakan pada 4 Julai lalu.
Turut bersidang bersama Tengku Maimun adalah Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Nordin Hassan.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah menggantikan hukuman mati yang dikenakan ke atas tujuh banduan dengan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh mereka ditangkap. – 14 November, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan