Isnin, 18 Disember 2023

AL- FATIHAH



Legenda jazz Lewis Pragasam meninggal dunia


IKON Jazz yang juga pemain genderang terkemuka di Malaysia, Lewis Pragasam meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun.

Dilaporkan mendiang meninggal dunia pada 3 pagi tadi di Hospital Beacon, Petaling Jaya, akibat serangan jantung.

Mendiang terkenal kerana mengasaskan projek Asiabeat pada 1979, dan sejak itu menjadi dunia muzik terkenal kerana keunikan gabungan genderang.

Pragasam pernah bekerjasama dengan artis terkenal dunia seperti Paul Jackson dan Tony Levin, dan bermain di festival antarabangsa besar termasuk untuk Raja Charles di United Kingdom.

Mendiang melakukan jelajah bersama pelbagai artis jazz, pop dan etnik serta bermain di festival termasuk di Singapura, Amerika Syarikat (AS), Jepun Korea, Hong Kong, China, Scotland dan Australia.

Pragasam menjadi penerima biasiswa berprestij Fulbright Scholarship dari kerajaan AS pada 1990 dan menjadi artis residen di Universiti East Carolina di North Carolina, AS.  – 18 Disember, 2023.

AL-FATIHAH

PEMUZIK JAZZ

YANG PERGI

AMIN

Tiada ulasan: