Selasa, 12 Disember 2023

SAPA KENA TENDANG KELUAR ?


JENG JENG JENG

KAH AH KAH

KHALAS




Anwar umum rombakan Kabinet 11 pagi ini


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan rombakan Kabinet pada 11 pagi ini yang antara lain melibatkan pertambahan bilangan jemaah menteri.

Anwar yang juga menteri kewangan ditanya sama ada rombakan itu akan melibatkan pertambahan anggota jemaah menteri oleh pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan berkata: “Sedikit pertambahan.”

Ditanya sama ada ia akan menjadi Kabinet terbesar, Anwar berkata: “Lebih kecil sedikit daripada (Kabinet) sebelum ini.”

Anwar turut membayangkan bahawa beliau akan memindahkan sebahagian tanggungjawabnya ketika ini.

“Saya akan memindahkan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab,” kata beliau.

Kabinet kerajaan perpaduan yang dibentuk pada Disember 2022 terdiri daripada 28 menteri dan 27 timbalan menteri termasuk perdana menteri dan dua timbalan perdana menteri.

Portfolio menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berlaku kekosongan susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada Julai lepas.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lalu, selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Jawatan itu kini dipangku Armizan Mohd Ali yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas). – Bernama, 12 Disember, 2023.

Tiada ulasan: