Cukup-cukuplah orang UMNO jadi ‘penjilat’ DAP – Isham
KUALA LUMPUR – Sikap segelintir individu dalam UMNO yang terlalu berlebih-lebihan mempertahankan DAP dikatakan menjadi antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu lalu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, mereka bersikap lebih sudu dari kuah setiap kali kepentingan DAP dilihat tergugat.
Menurut beliau, perkara itu telah menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap UMNO sehingga menyebabkan parti berkenaan kalah dalam pilihan raya.
“Jadi saya nak cakap, cukup-cukuplah jadi ‘penjilat’ DAP,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook beliau, hari ini.
Calon Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 37,220 undi mengatasi calon BN, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Raja Mohamed Affandi yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera meraih sebanyak 27,778 undi, menyusut berbanding 38,535 undi diterima bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Isham memberitahu, kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan juga telah menyebabkan sokongan orang Melayu beralih kepada parti lain.
“Sekarang ini bila kita bersama dengan DAP, mereka tak yakin kita boleh perjuangkan Melayu dan Islam,” jelasnya. –
2 ulasan:
Isham Jalil macai Bossku dulu Pegawai Khas jaga wallet. Kau pun barua Bossku jugak ko?
Kah kah kalau tang mencuri rasuah songlap orang-orang kita cukup hebat, modal sama saja dulu kini selamanya, modal agama modal bangsa tak lain tak bukan dalam dalam senyap teruskanlah mencuri amin
Catat Ulasan