Rabu, 6 Disember 2023

RINGGIT JATUH LAGI



Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS 

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan kemerosotan yuan China selepas agensi penarafan Moody’s menurunkan unjuran terhadap penarafan kredit kerajaan China, kepada negatif.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6610/6660 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6600 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan daripada stabil kepada negatif menunjukkan kemungkinan penurunan penarafan berdaulat untuk China telah meningkat.

“Ini berlaku memandangkan kerajaan China meningkatkan langkah rangsangan fiskal untuk memperkukuh aktiviti ekonomi kerana perlu bergelut dengan pasaran hartanah yang kian lemah.

“Saya berpandangan bahawa, memandangkan ada hubung kait yang positif antara yuan dan ringgit, kelemahan yuan berupaya menyebabkan ringgit lebih lemah,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun beliau berkata yen Jepun dilihat menerima sokongan dengan meraih kira-kira 0.33% berbanding dolar AS.

“Malah, euro turut meningkat berbanding dolar AS sebanyak 0.21%,” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada kepada 5.0483/0537 daripada 5.0623/0677 semasa ditutup pada Isnin, selain lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8873/8936 daripada 5.8997/9061 sebelumnya, dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.16992/172992 daripada 3.1751/1787.

Dalam pada itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.4820/4860 daripada 3.4882/4925 pada Isnin, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2040/2241 daripada 13.3183/3368 sebelum ini dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/301.0 daripada 300.9/301.5. 

Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.44 daripada 8.41/8.42 sebelum ini. – Bernama, 5 Disember, 2023.

ASTAGA !!!

RINGGIT JATUH 

LAGI

AMIN

WAT IS DE

BEKOS

KAH KAH KAH

DAH SETAHUN

KERJAAN  KLIM

POLITIK DAH STABIL

TAPI RINGGIT

TERUS JATUH

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalu Abah PM cfm ringgit naik 10. Kerja sakaw Anak Beranak semua.