Rabu, 6 Disember 2023

PAS UMNO AKAN KERJASAMA ?




Pas mungkin boleh

 kerjasama semula

 dengan UMNO, 

kata Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR – Pas tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun Timbalan Presidennya, i Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Pas tidak pernah mengenepikan agenda penyatuan ummah.

“Kerjasama boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja melalui PN kerana sebagai parti utama, sebarang kerjasama politik mestilah dipersetujui oleh Majlis Syura,” katanya dipetik dari laman portal FMT.

Beliau berkata demikian susulan cadangan penyatuan untuk mengambilalih pentadbiran Putrajaya dibangkitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.

Isnin lalu, Isham dilaporkan berkata  Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi Perdana Menteri jika PN berjaya memujuk UMNO bermuafakat semula sebelum PRU16.

Ia selepas Menteri Besar Terengganu itu menang besar dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman, Sabtu lalu. –

WOIT

JANGAN RISAU

PASTI ADA

AYAT UNTUK

HALAL KERJASAMA

DGN PENCURI

KLEPTOKRASI

AMIN

ADA AYAT UNTUK 

BOLEH MUFAKAT

SAMA SAMA

MENYAMUN 

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang sekarang ni apa ? kerja sama dengan malaikat ?