Isnin, 14 Ogos 2023

POLITIK MASIH BELUM REDA


Guan Eng nafi tak hadir rai kemenangan Pakatan sebab Chow


3 calon MB dipersembah kepada Sultan Kelantan esok





Sanusi angkat sumpah MB Kedah esok


AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah esok.

Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada jam 10 pagi.

“Esok saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, PN mencipta kejayaan besar apabila memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Beliau juga sebelum ini Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti Adun ketika itu. – Bernama, 13 Ogos, 2023.

WOIT

 HEBAT JUGA

MAT NUSI INI

KAH KAH KAH

HANYA 3 BOCOR

YANG LAIN

DIA PUNYA

KAH KAH KAH

LEPAS KEJAYAAN

NUSI PASTI

KENA TURUN

NAIK MAHKAMAH

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Malaysia setiap hari makan tidur dengan politik, saban auto cari makan politikus dah jadi macam itu,.kerja entah tak kerja entah apa semua pakai politik berjaya tak payah penat tak payah susah kah kah kah budaya amalan merosak bangsa agama negara penyamun perompak perasuah pengkhianat kacau bilau sejarah lengkap kah kah kah