Isnin, 14 Ogos 2023

NAJIB IKUT CARA ZAHID - BATAL SEMUA KES 1MDB

 



Najib mohon batal semua pertuduhan berkaitan kes 1MDB


BEKAS perdana menteri Najib Razak memohon untuk membatalkan perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Najib, yang kini menjalani hukuman penjara kerana rasuah membabitkan SRC International, juga mahu mahkamah melepasn dan membebaskannya daripada semua pertuduhan berkaitan penyelewengan dana milik 1MDB.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika memohon agar hakim Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada perbicaraan hari ini.

Shafee berkata ini susulan pendedahan Sequerah berhubung kaitannya dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan yang ditahan baru-baru ini.

Sequerah, yang kini menjadi hakim di Mahkamah Rayuan, mempengerusikan panel hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan 1MDB, semalam berkata Loo adalah rakan kongsinya dalam sebuah firma guaman lebih sedekad lalu.

Sequerah membuat pendedahan itu berikutan siasatan Shafee sama ada Loo akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

Nama Loo banyak disebut semasa perbicaraan rasuah Najib yang sedang berlangsung kerana didakwa menyeleweng RM2.3 bilion daripada 1MDB.

Turut dilaporkan Loo adalah antara proksi yang bekerjasama dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk menyeleweng jutaan ringgit daripada dana negara berdaulat itu.

Loo, yang menjadi buruan berikutan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada 2018, disenaraikan sebagai individu dikehendaki.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. – 14 Ogos, 2023.



WOIT

NAJIB ZAHID

DAH PAKAT ?

JENG JENG JENG

SAPA LAGI

SAMA DALAM

PAKATAN INI

JENG JENG JENG

AMIN

KITA TUNGGU

APAKAH PENDAKWA

AKAN DI GUGURKAN

JENG JENG JENG

GANTI PENDAKWA

BARU ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: