Isnin, 14 Ogos 2023

WAN JI MASUK PENJARA ?



Wan Ji gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan

MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini menolak permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu Perlembagaan membabitkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim yang diketuai Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan selaku responden terhadap permohonan yang dikemukakan Wan Ji, 41.

Hakim Vazeer Alam dalam penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan bantahan awal yang dibangkitkan responden Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.

“Apa-apa persoalan undang-undang boleh diutarakan semasa pendengaran rayuan dalam kes ini kelak. Oleh itu, permohonan dalam notis usul (Wan Ji) ditolak,” kata Hakim Vazeer Alam yang bersidang bersama Azman Abdullah dan Azmi Ariffin.

Terdahulu, peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Wan Ji memohon agar mahkamah membenarkan permohonan anak guamnya untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya How May Ling membantah permohonan itu atas alasan Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan, namun tiada bidang kuasa untuk merujuk persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

“Persoalan undang-undang juga tidak dibangkitkan (perayu) di peringkat Mahkamah Tinggi mahupun permohonan untuk merujuknya ke Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 September ini untuk mendengar rayuan Wan Ji terhadap hukuman penjara setahun yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Julai 2019 selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menambah hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018.

Bagaimanapun, mahkamah itu membenarkan permohonan Wan Ji untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara setahun sehingga rayuannya di Mahkamah Rayuan selesai.

Wan Ji didapati bersalah atas dakwaan menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook dengan nama wanji.attaaduddi di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, pada 10 pagi, 5 November 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun. – Bernama, 14 Ogos, 2023.


WAN JI

JADI MANGSA

AKTA BAGINDA

QUEEN

AMIN

DAH SAMPAI

MASA KERAAJAN

BARU HAPUSKAN

AKTA HASUTAN

AMIN

DAH RAMAI

JADI MANGSA

KHALAS

Tiada ulasan: