Jumaat, 12 Januari 2024

APA DAH JADI DENGAN MALAYSIA ?



Rogol dan samun pelajar kolej, dua anggota polis direman

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis ditahan selepas disyaki merogol dan menyamun dua pelajar kolej swasta pada Selasa lalu di Bukit Ampang View.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa yang merupakan lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada pukul 10.09 malam.


“Ketika mangsa dan rakan lelakinya berada di lokasi kejadian, mereka ditahan oleh dua suspek lelaki yang lengkap beruniform sebelum kedua-duanya dibawa ke lokasi berasingan.

“Salah seorang suspek bertindak merogol mangsa wanita manakala mangsa lelaki dibawa ke sebuah bank kerana perlu menjelaskan bayaran yang diminta oleh kedua-dua suspek atas kesalahan lalu lintas,” katanya menerusi kenyataan

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap pada keesokannya dan kini ditahan reman selama tujuh hari.

Katanya lagi, susulan kejadian berkenaan dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Hussein menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222.-


BETUL KEJADIAN

INI BERLAKU ?

AMIN

APA DAH JADI

DGN MALAYSIA ?

AMIN

JIKA POLIS JADI

PENYAMUN DAN

PEROGOL KITA

NAK MENGADU

PADA SAPA?

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: