Tak sangka MB Kedah pun main persepsi kerajaan tumbang – Asyraf
Komplot guling Kerajaan Perpaduan: AMK Perak buat laporan polis
Shamsul Iskandar buat laporan polis ‘Langkah Dubai’
Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar – Hamzah
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin memberi bayangan mengenai situasi terkini politik tanah air.
Dalam satu hantaran, Hamzah menyindir pihak yang dilihat gelisah berikutan desas-desus perubahan kerajaan yang hangat diperkatakan di media sosial.
Ahli Parlimen Larut itu berkata, semua pihak harus bertenang sambil menambah beliau tidak perlu bergopah-gapah mengejar sesuatu yang sudah tentu.
“Sehari dua ni, saya dengar ramai yang tak senang duduk – gelisah semacam. Ada yang berlari ke IJN, ada yang ke Sabah. Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar tu.
“Alhamdulillah, saya bersama Radzi Jidin tenang-tenang saja bermesyuarat bersama Badan Perhubungan Bersatu Wilayah,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.
Sebelum ini heboh dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa bahawa PN mempunyai jumlah SD yang mencukupi bagi mencapai tujuan tersebut.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh.
Sabtu lalu, Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk datang menghadap baginda bersama SD masing-masing.
Kenyataan itu didakwa dikeluarkan oleh “Hamzah Zainudin” seperti ditularkan di media sosial juga adalah palsu.-
3 ulasan:
Bila le agong nak istihar PM dan kerajaan baru ni...tak sabar aku. Dah penat muntah tengok muka arbok dalam TV hari-hari!!!
Tukartiub..Aku berani bertaruh Anwar ni Michael Corleone zaman sekarang.Mahathir pulak macam Barzini.Muhyiddin,Ismail Sabri,Hamzah,Hishamuddin tu macam keluarga Tattaglia,Cuneo dan Stracci.Daim macam Moe Greene.Hadi Awang pulak Cardinale Lamberto.Anwar sekarang ni nampak macam lembik tapi sekali harung habis semua dibantainya.Kau sendiri tau kan nasib dorang macam mana? Yang bijak pandai macam Tukartiub rasanya nampak benda ni
PM baru kerajaan pasir 2 butir dah dilantik. Angkat sumpah dijalankan hadapan Raja negara pasir 2 butir. Perdana Menteri Pasola hahaha.
Catat Ulasan