Isnin, 22 Januari 2024

PAGAR SEMPADAN SIAM - SEMENANJUNG ?


India rancang pagar sempadan dengan Myanmar

INDIA merancang mendirikan pagar di sepanjang kawasan sempadannya dengan Myanmar selain memutuskan untuk membatalkan perjanjian zon pergerakan bebas di sempadan, lapor media tempatan pada Ahad.

Pengumuman Menteri Dalam Negeri, Amit Shah dibuat selepas ratusan tentera Myanmar melarikan diri daripada serangan kumpulan pemberontak di negaranya, hingga dikesan menyeberang ke India.

“Kerajaan sudah memutuskan untuk memasang pagar di sempadan India-Myanmar,” katanya ketika mengadakan lawatan ke wilayah Assam.

Sempadan itu terbentang lebih 1,200 kilometer, yang meliputi kawasan hutan terpencil hingga ke puncak Himalaya yang dilitupi salji.

Shah, yang tidak memberi butiran lanjut berkenaan jangka masa atau bagaimana pagar sempadan itu dibina, turut memaklumkan kerajaan akan menamatkan perjanjian pergerakan bebas di sempadan.

Perjanjian itu sebelum ini membolehkan mereka yang tinggal di kawasan zon sempadan memasuki wilayah masing-masing tanpa visa.

Ramai penduduk yang tinggal di zon sempadan berkongsi hubungan budaya dan agama.

“Kami akan menamatkan kemudahan ini,” katanya menerusi video yang disiarkan oleh Times of India.

Menurut statistik kerajaan pada 2021, India sudah membina lebih 2,000km pagar di sempadan India-Pakistan serta sekurang-kurangnya 3,100km dengan Bangladesh.

Pertempuran yang kerap tercetus sejak kumpulan Arakan Army menyerang pasukan keselamatan pada November di kawasan Myanmar yang bersempadan dengan India, sebahagian besarnya berlaku sejak rampasan kuasa tentera pada 2021. – AFP, 21 Januari, 2024.
t

INDIA MYANMAR

BUAT PAGAR

AMIN

AMERIKA MEXICO

BUAT PAGAR

AMIN

SEMANJUNG SIAM

BILA NAK BUAT

PAGAR ?

AMIN

INI PROJEK

BESAR BOLEH

JANA EKONOMI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: