Ahad, 28 Januari 2024

RAFIZI CAKAP BETUL


Kerajaan bukan anti-orang miskin – Rafizi 
PETALING JAYA: Pelaksanaan subsidi bersasar yang sedang diusahakan pada masa ini bukan bermakna kerajaan yang memerintah anti-subsidi dan anti-orang miskin.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penyasaran semula subsidi itu hanya menumpukan kumpulan rakyat yang benar-benar layak menerima inisiatif tersebut.


Menurutnya, langkah dilaksanakan itu  bertujuan memastikan perbelanjaan rakyat lain tidak dikekang berikutan keadaaan ekonomi negara kini.


“Apabila jumlah tanggungan subsidi melangkaui RM80 bilion setahun dan kita tahu banyak ketirisan berlaku.


 “Misalnya, orang kaya mendapat lebih banyak manfaat, bukan warganegara turut sama mendapat subsidi,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, disebabkan kerajaan tidak mahu golongan berpendapatan tinggi mendapat manfaat, maka pelaksanaan subsidi perlu distruktur semula.


Dalam pengumuman Belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim berkata penyelarasan subsidi bukanlah bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya, memastikan agar wang rakyat tidak dibazirkan semata-mata menyenangkan lagi golongan yang berkemampuan tinggi.


Justeru, Rafizi berkata beliau tidak akan  terkejut sekiranya terdapat serangan terbaharu pembangkang ialah mengenai penyasaran semula subsidi.


“Malah, saya faham kalau ada kebimbangan kenapa semua ini (penyasaran semula subsidi) yang ditumpukan kerajaan.


“Kan bagus kalau bagi wang kepada semua dan gunakan duit cukai rakyat untuk tetapkan harga barang serendah mungkin? Kita sebenarnya dah terlepas kapal,” tambah beliau.


Jelas Rafizi, semasa polemik untuk menurunkan harga RON95 antara 2007 ke 2015, situasinya berbeza kerana pada waktu itu tanggungan subsidi negara masih rendah berbanding pendapatan keseluruhan kerajaan.


Tambahnya, perkara itu turut diulas beliau  bersama dengan  Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai menerusi podcast Yang Bakar Menteri. – 


WOIT

RIFIZI CAKAP 

BETUL

AMIN

CUMA TAK SEBUT

KERAJAAN INI

PRO IMF

AMIN

PENYELARASAN

LAWAN TIRIS

SABSIDI BERSASAR

BAHASA INDAH

MAKNA  NYA

LUPUS SABSIDI

AMIN

INI CADANGAN

GLOBALIS DARI IMF

KHALAS

Tiada ulasan: