Rabu, 17 Januari 2024

RINGGIT JATUH LAGI



Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 9.36 pagi, ringgit susut kepada 4.7075/7110 berbanding dolar AS daripada 4.6925/6965 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kecenderungan enggan mengambil risiko akan terus wujud, mengakibatkan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS dalam keadaan keraguan mengenai pengurangan kadar faedah selanjutnya oleh Rizab Persekutuan AS selain ketegangan di Timur Tengah.

Beliau berkata ketegangan di Timur Tengah, terutama di kawasan Laut Merah, boleh mengganggu perdagangan global, mendorong permintaan terhadap dolar AS.

Sementara itu, data yang menjadi tumpuan minggu ini adalah pertumbuhan ekonomi China bagi suku keempat 2023 di samping jualan runcit AS bagi Disember.

“Pada ketika ini, dolar AS/ringgit akan terus berlegar di sekitar paras RM4.70. Paras sokongan dan rintangan semasa masing-masing berada pada RM4.6611 dan RM4.7958,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit domestik susut berbanding euro kepada 5.1189/1227 daripada 5.1073/1117 ketika ditutup pada Selasa, serta kurang stabil berbanding pound Britain kepada 5.9489/9533 daripada 5.9299/9350.

Walau bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1948 daripada  3.2013/2043 semalam.

Ringgit rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.

Mata wang tempatan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2710/2858 daripada 13.2579/2748 pada Selasa dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5063/5091 daripada 3.5003/5038.

Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.2 daripada 300.9/301.3 namun, mendapat berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 dari 8.40/8.42. – Bernama, 17 Januari, 2024.

 

WOIT

NILAI RINGGIT

JATUH LAGI

AMIN

HARGA BAHAN

IMPOT JADI MAHAL

AMIN

HARGA BAHAN

MAKANAN JADI

MAHAL

AMIN

APA JADI DGN

EKONOMI NEGARA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penting ke soalan ni tt ? tak penting kot. yang penting nuar jadi pm yang penting nuar sembang rasuah hari2.. yang penting taliban tak jadi kerajan.. duit jatuh harga mahal ini semua tak penting.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

dulu cakap pandai... la nie tau la pandai dia tara mana... pungkrak mungkrak...

Tanpa Nama berkata...

Pakar ekonomi kangkung semua ke mana? Kenapa tak nasihat ? Apa perlu buat bagi tahu PMX? Atau pakar ekonomi tahu melabuhkan tirainya dalam media saja? Pakar formula kita mana hilangnya? Kah kah dulu bukan main dengan formula tapi bila dah jadi menteri senang lenang lah semua free kah kah kah hanyut ke lautan dalaman kah kah kah kalau setakat mencuri merompak laju cepat senyap kalau suruh buat kerja semua tak pandai belaka amin