Selasa, 23 Januari 2024

TANAM KETUM UNTUK TAMBAH PENDAPATAN



Empat anggota polis ditahan peras ugut RM10,000 tauke ketum

GOMBAK – Seramai empat anggota polis diberkas selepas disyaki terlibat kes pemerasan terhadap seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak di sini pada November tahun lalu.

Sumber memaklumkan, mangsa yang merupakan peniaga kedai makan dan rakannya telah didatangi empat lelaki yang mengakui dirinya sebagai pegawai kanan polis sebelum memeriksa rumah kedua-dua mangsa itu.

“Anggota berkenaan kemudian menemui 20 bungkusan minuman disyaki air ketum di dalam rumah peniaga kedai makan itu. Anggota berkenaan turut meminta bayaran RM10,000 daripada mangsa atau tindakan akan diambil terhadap mangsa.

“Anggota terbabit juga dipercayai mengugut untuk membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sekiranya enggan membayar RM10,000 yang dituntut sebelum mangsa telah berunding untuk hanya membayar RM5,000 sahaja,” kata sumber itu hari ini.

Tambah sumber lagi, suspek (anggota) kemudian telah menyuruh rakan mangsa mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk pembayaran yang dituntut dari mereka sebagai mengelak tindakan.

Sejurus selepas menerima wang dari mangsa, anggota terbabit turut berbincang dengan mangsa untuk berniaga air ketum dengan jaminannya.

“Namun selang beberapa hari kemudian suspek sekali lagi menghubungi mangsa untuk meminta tambahan wang RM1,000 sebagai cagaran bulanan,” ujarnya.

“Selepas menyedari dirinya ditipu oleh suspek, mangsa segera tampil datang ke balai polis dan membuat laporan untuk tindakan siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi hari ini mengesahkan keempat-empat suspek yang terdiri daripada anggota polis itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita sudah tangkap semua (empat suspek) dan reman pun telah tamat. IP (kertas siasatan) kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor, Komisioner  Hussein Omar Khan ketika dihubungi memaklumkan tindakan tahan kerja terhadap empat anggota dari sebuah Ibu pejabat polis daerah di negerinya masih dalam proses.

“Siasatan dalaman akan dibuat selari dengan dengan tangkapan yang dibuat dan empat anggota berkenaan sedang dalam proses untuk tahan kerja,” ujarnya lagi.- 


KETUM MINUMAN

KESEHATAN

AMIN

BEBASKAN KETUM

DARI PENJARA

BGINDA QUEEN

AMIN

BENARKAN KETUM

DITANAM SEBAGAI

HASIL TANI

AMIN

JADIKAN KETUM

BAHAN EKSPOT

AMIN

TAMBAH

 PENDAPATAN

PATANI DG KETUM

KHALAS

Tiada ulasan: