Khamis, 18 Januari 2024

YB DI KURUNG !!!


Ahli Parlimen kerajaan kini ‘dikurung’, dakwa Mohamad Shafiq

KUALA LUMPUR – Pemuda Perikatan Nasional (PN), Mohamad Shafiq Abdul Halim mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa ahli-ahli Parlimen kerajaan kini ‘dikurung’ di Cyberjaya.

Malah kata Ahli Jawatankuasa Jabatan Penerangan Bersatu Malaysia (JPBM), langkah itu dakwanya menimbulkan persoalan kesemua mereka ditempatkan di kawasan sama ketika Pemukiman Jemaah Kabinet oleh Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim yang kini sedang berlangsung.

“Apa yang difahamkan ahli Parlimen kerajaan disimpan di suatu tempat dan semua sudah tahu iaitu di Cyberjaya telah dikeluarkan di berita (Pemukiman Jemaah Menteri). Mereka berada di Cyberjaya, ini menjadi satu persoalan yang mengatakan ini satu pemukiman dan sebagainya tapi kita nampak macam ada sesuatu.

“Adakah pemukiman ini adalah kerana Anwar risau Kerajaan Madani akan tumbang pada masa yang terdekat.

“Bukankah Anwar pernah kata bahawa kerajaan hari ini kuat dengan jumlah majoriti melebihi dua pertiga, jadi rakyat hairan kenapa risau sangat sampai kena kepung Ahli Parlimen dan diletakkan di sesuatu tempat,” katanya dalam sebuah video berdurasi 9.58 saat berjudul ‘Ahli Parlimen Kerajaan dikandang selama dua hari bermula hari ini’ di Facebooknya hari ini.

Jabatan Perdana Menteri petang tadi mengeluarkan kenyataan Anwar bersama jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan menghadiri sesi pemukiman di Cyberjaya bagi memberi penumpuan kepada mencari ikhtiar baharu untuk melonjakkan ekonomi negara.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri,  Ahmad Zahid Hamidi dan  Fadillah Yusof.

Mohamad Shafiq turut mendakwa sesuatu akan berlaku Jumaat depan dengan berkata, ia adalah ‘Langkah Jumaat’.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan maklumat yang diterima beliau.

“Ada sesuatu yang bakal terjadi pada hari Jumaat ini dan saya tidak pasti jadi kalau ikut ‘dikurung’ ini sehingga hari Jumaat, jadi kita pun hairan.

“Adakah mungkin berlakunya Langkah Jumaat sehingga mereka ini terdesak sangat dan apa yang saya dengar, ada ura-ura mengatakan akan berlaku sesuatu pada hari Jumaat ini, pihak istana telah hantar e mel kepada ahli Parlimen untuk menyertai satu program yang disebut sebagai Majlis Minum bersama YDPA,” katanya lagi.

Kata Mohamad Shafiq, jemputan itu memerlukan semua ahli Parlimen hadir ke Istana Negara.

Sebelum ini timbul desas desus media melaporkan polis sudah memanggil empat individu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara itu pada minggu lalu.


JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

WOIT

APA SEDANG 

BERLAKU

KAH KAH KAH

LANGKAH CHOW KIT

DAH JADI

LANGKAH JUMAAT

KAH KAH KAH

PALING TERBAIK

LANGKAH

MALAM JUMAAT

AMIN

ADA PANCUT

MEMANCUT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: