Sabtu, 17 Februari 2024

MUSTAHIL DNAA UNTUK NAJIB



1MDB: Pertuduhan terhadap Najib tidak cacat – Saksi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas  Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak cacat.

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Nur Aida Arifin, 37, berkata demikian ketika disoal balas peguam  Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Muhammad Shafee mencadangkan kepada saksi pendakwaan ke-49 itu bahawa pertuduhan terhadap Najib adalah cacat kerana sebahagian besar dokumen melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) dari Singapura hanya diperoleh selepas beliau didakwa.

Muhammad Shafee: Kebiasaannya seseorang itu hanya didakwa apabila pegawai penyiasat melihat semua dokumen dan berpuas hati bahawa mereka mempunyai kes?

Nur Aida: Kami membuat permintaaan kepada Kerajaan Singapura untuk mendapatkan dokumen terbabit sebelum Najib didakwa.

Beliau berkata, sebahagian besar dokumen melalui MLA diperoleh sebelum pendakwaan dikemukakan terhadap Najib.

“Saya hanya memperoleh dokumen daripada pihak berkuasa asing melalui bantuan MLA kemudian, bagaimanapun tidak ada perbezaan dengan dokumen yang sudah ada dalam simpanan,” katanya.

Nur Aida berkata, Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan set dokumen MLA dari negara berbeza seperti Hong Kong, Switzerland dan Singapura.

“Saya tidak turut serta ketika Timbalan Pendakwa Raya terbabit menerima dokumen berkenaan dari luar negara,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim  Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini. – Bernama


MUSTAHIL LEPAS

INI NAJIB AKAN

DIBERI DNAA

AMIN

SAKSI SAKSI

SEMUA 

MENUNJUKKAN

NAJIB PENCURI

DAN PENIPU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: