Isnin, 19 Februari 2024

NGO MALAYSIA PENGGANAS ?

 


FBI senarai 3 pemimpin NGO Malaysia sebagai pengganas

KUALA LUMPUR – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menyenaraikan tiga pemimpin daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berbeza di Malaysia dalam Pusat Saringan Pengganas (TSC).

Ketiga-tiga pemimpin tersebut terlibat secara aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat.

Menurut New Straits Times, Kementerian Luar telah mengarahkan individu-individu terbabit tidak terlibat dalam Op Ihsan yang menyelia penyampaian bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Sementara itu Pengerusi sekretariat Op Ihsan, Jismi Johari mengesahkan kesahihan surat pemberitahuan yang diterima daripada bahagian Asia Barat Kementerian Luar.

Jismi melahirkan rasa terkejut apabila dokumen itu dibocorkan dan disebarkan di media sosial sambil menekankan ia adalah pemberitahuan rasmi yang sah daripada kementerian.

Beliau bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan sekretariat bagi membincangkan tindakan selanjutnya susulan pemberitahuan itu.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu perkara ini menimbulkan kekecohan. Tetapi apabila surat ini sudah bocor, kesian mereka.

“Mereka perlu jawab, persepsi orang terhadap mereka adalah apa yang kita tidak mahu. Kita pun tidak tahus ejauh mana siasatan FBI ini, ia mungkin hanya syak wasangka,” katanya.-

FBI INI JUGA

ALAT ZIONIS

AMIN

NGO INI BANTU

PALESTIN

AMIN

KERANA HULUR

BANTUAN MAKA

DI CAP PENGGANAS

KHALAS


Tiada ulasan: