Rabu, 7 Februari 2024

PEGUAM BIN ABDULLAH CUBA LAGI



Najib akan mohon pengampunan penuh sekali lagi – Shafee

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Najib  Razak sedang menimbang permohonan pengampunan penuh untuk kali kedua pada masa depan.

Peguam utama pasukan pembelaan Najib,  Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kata Muhammad Shafee, asas kepada permohonan pengampunan ialah bagaimana anak guamnya tidak pernah mendapat perbicaraan yang adil terutamanya ketika kes itu sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Kita sedang serius memikirkan untuk tindakan selanjutnya selepas keputusan pengumuman pengampunan baru-baru ini. Kita akan mengemukakan permohonan pengampunan penuh kepada Najib  buat kali kedua daripada Agong pada masa yang sesuai kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media diluar perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini. 

Bekas Presiden UMNO itu sedang menjalani hukuman penjara sejak Ogos 2022 sementara menunggu pengampunan penuh.

Pada 2 Februari lalu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari memutuskan hukuman penjara ke atas Najib dipendekkan kepada enam tahun dan tarikh beliau dibebaskan adalah pada 23 Ogos 2028. dan mengurangkan denda kepada RM50 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu,  Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara,  Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022. -



BIN ABDULLAH

USAHA  LAGI

AMIN

CUBA TRY

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

AGONG BARU

NAK JAGA SPRM

AMIN

PASTI ANTI

 RASUAH

JENG JENG JENG

BERAT UNTUK

NAJIB NAZAK

KHALAS

Tiada ulasan: