Khamis, 8 Februari 2024

PEMIMPIN GERAKAN SALAH TUDUH DAP


Pemimpin DAP jadi boneka bisu isu pengampunan Najib – Kah Yong

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP hanya menjadi ‘boneka bisu’ berhubung isu pengampunan  Najib Razak dan siasatan polis terhadap Tony Pua.

Setiausaha Agong Gerakan, Loh Kah Yong berkata, DAP jangan hanya bising semasa menjadi pembangkang sebaliknya berdiam diri apabila sudah menduduki kerajaan dan ada jawatan.

“Sikap sebegini sangat memalukan, walhal sebelum ini pemimpin PH terutamanya DAP antara yang banyak menghasut rakyat dan menjadikan isu 1MDB dan label kleptokrasi sebagai modal kempen pada pilihan raya umum 2018 dan 2022.

“Mana perginya suara-suara bising Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? Adakah Kit Siang lupa ‘kata laluan’ untuk blog dia? ” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.

Soal Kah Yong, di mana pendirian pemimpin DAP apabila Anthony Loke yang merupakan Setiausaha Agung DAP mengeluarkan kenyataan meminta bertenang dan menggesa akar umbi tidak mengkritik isu pengampunan tersebut.

“Saya berasa hairan, adakah mereka ini berubah 180 darjah kerana takut kehilangan jawatan sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan maruah serta abaikan janji kepada pengundi?

“Paling ketara, Akta Hasutan kini telah dikembalikan oleh pihak kerajaan terhadap pesaing politik kerajaan,” ujarnya.


WOIT

TUDUHAN GERAKAN

INI SALAH BESAR

AMIN

PEMIMPIN 

DAP  SENYAP

BUKAN

 JADI BONEKA

AMIN

MEREKA BUKAN

JADI BONEKA 

TAPI JADI MENTERI

TU PASAL SENYAP

KAH KAH  KAH

KHALAS

Tiada ulasan: