Khamis, 29 Februari 2024

RAMAI SOLDADU ISRAEL JADI GILA


Lebih 30,000 askar Israel alami masalah mental selepas serang Gaza


BAITULMAQDIS – Lebih 30,000 askar Israel mengalami masalah mental selepas melakukan serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.

Menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), talian kesihatan mental negara itu menerima panggilan daripada askar berkenaan bagi mendapatkan rujukan kesihatan.

“Kira-kira 200 askar telah diberhentikan daripada tentera kerana masalah psikologi yang mereka alami daripada perang,” tambahnya.

Agensi Anadolu melaporkan, Kor Perubatan IDF merancang untuk merasmikan pusat kesihatan mental baharu untuk askar pada hari Khamis.

Kebimbangan anggota tentera yang terbabit dalam operasi pembunuhan beramai-ramai di Gaza mengalami gangguan tekanan selepas trauma akibat perang.

Pusat kesihatan mental baharu itu akan merangkumi sebuah klinik untuk merawat gangguan stres pasca trauma (PTSD) dalam kalangan tentera.

Pada 2 Februari, Yekhiel Levechitz, ketua jabatan klinikal tentera untuk penyakit mental berkata, kira-kira 3,000 tentera telah diperiksa oleh pakar kesihatan mental sejak 7 Oktober.

Pengeboman Israel ke atas Gaza telah membunuh hampir 30,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 70,000 dengan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel telah mendorong 85% penduduk di seluruh Gaza untuk berpindah ke bahagian di paling selatan iaitu di Rafah.

Penduduk yang selamat kini mengalami kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60% daripada infrastruktur telah rosak atau musnah.

Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.- Agensi

KERJA BUNUH

ORANG BUKAN

SENANG

AMIN

BUNUH KANAK2

WANITA & ORANG

TUA LAGI PARAH

AMIN

TEMBAK DOKTOR

BOM HOSPITAL

BOLEH JADI GILA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: