Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik enam peratus
LABUAN – Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Syarikat pengurusan tiket, Binabalu Sdn Bhd yang menyelia feri Galaxy dan Blue Ocean memaklumkan terdapat peningkatan enam peratus terhadap tambang sedia ada.
“Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada semua perkhidmatan pengangkutan air berkuat kuasa 1 Mac 2024,” menurut syarikat itu dalam kenyataan semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan