Sabtu, 9 Mac 2024

HARGA BARANG


HARGA BARANG

SABTU 9 MAC 2024
CUKAI SST DAH NAIK
DARI 6% KE 8 %
BERMULA DARI 1 MAC 2024

KELMARIN GUA DI PASAR CHOW KIT
GUA AMATI HARGA BUAH
HARGA SAYUR
HARGA IKAN
TIDAK NAIK
SAMA  MACAM MINGGU LALU
MALAH TOMATO
DAH JADI 3.50 SEN SEKILO
DARI 5RM

IKAN TONGKOL
8RM SEKILO
UDANG DAN SOTONG
YANG GUA BELI TIAP MINGGU
MASIH SAMA HARGA

YANG MAHAL
BUAH RAMBUTAN 
12RM SEKILO
INI KERANA DI LUAR MUSIM
MANGGA AVOKADO BETIK
HARGA STABIL

SILA AMBIL PERHATIAN
PASAR CHOW KIT
ADALAH PASAR TERMURAH
DI MALAYSIA
KERANA DISINI
TOK PERAIH HANTAR BARANG
TANPA MELALUI
PASAR BORONG SELAYANG

HARGA BARANG 
MINGGU INI TAK NAIK
CUKAI NAIK BARU  SEMINGGU
MUNGKIN  KESAN BELUM NAMPAK
KITA TUNGGU
BILA BULAN PUASA SAMPAI
MINGGU DEPAN
AMIN

GAZA
GENCATAN SENJATA 
TAK JADI
SERANAGN BULAN RAMADAN
MUNGKIN BERLAKU

KESATUAN EROPAH
NAK HANTAR BANTUAN
MAKANAN DAN UBATAN
MELALUI PULAU CYPRUS

AMERIKA
PENTAGON BUAT KENYATAAN
UFO TAK PERNAH SAMPAI
KE DUNIA
AMERIKA TIDAK SOROK
MAKLUMAT UFO
DARI ORANG RAMAI
KAH KAH  KAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
KELMARIN HUJAN LEBAT
LOPAK AIR DI SANA SINI

GUA MASUK DISAMBUT
OLEH SUARA GAGAK
DI UDARA SEBUAH 
 PESAWAT BERKIPAS
MELINTAS
MUNGKIN DARI SUBANG
KE KLIA

MATA HARI DAH BERSINAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
HARI INI GUA RASA
AKAN PANAS
AMIN

BRO
SENYUM
SAMBUT SABTU DENGAN
SENYUMAN

BRO
TAK DA SAPA YANG HEBAT
WALAU PUN DIA FIKIR
DIA HEBAT

BRO
PERKARA YANG SELALU
GANGGU LU
PASTI AKAN TERJADI LAGI

BRO
TAKDA APA YANG MUDAH
WALAU PUN DI LIHAT
MUDAH

BRO
TAKDA SAPA
KAWAL KEBAHAGIAN LU
KECUALI LU

BRO
KUNCI UTAMA KEGAGALAN
IALAH BILA LU
NAK PUASKAN HATI
SEMUA ORANG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN  HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: