Sabtu, 16 Mac 2024

MALAPETAKA IKLIM



Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu

LAHAD DATU – Kejadian pusaran angin seperti puting beliung telah menerbangkan beberapa kepingan bumbung zink  bangunan di Jalan Segama Industrial State, Batu 1 di sini tengah hari tadi dan fenomena tersebut  sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi terbabit.

Rakaman video diambil orang awam  berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan pihaknya turut ke lokasi kejadian pada jam 2.40 petang.

“Berdasarkan saksi di tempat kejadian memaklumkan kejadian sebenar berlaku antara jam lebih kurang 1.30 tengah hari dan  kejadian itu berlaku pantas, dalam tempoh antara tidak lebih daripada 60 saat.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu, ” katanya.

Menurut Rohan Shah, pemeriksaan pihaknya mendapati  terdapat dua bangunan terjejas dan berlaku kerosakan pada beberapa bahagian bumbung deretan bangunan kedai.

“Polis juga tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam,” katanya.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama,  Mizma Appehdullah ketika dihubungi berkata pihaknya turut menerima maklumat mengenai kejadian puting beliung itu namun nilai anggaran kerosakan masih belum diketahui.- BERNAMA

BENCANA ALAM

YANG TAK PERNAH

BERLAKU AKAN

TERJADI

AMIN

INI BUKTI DUNIA

MAKIN PANAS

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini mesti haarp serang lahad datu... tak pun shaarp..

Tanpa Nama berkata...

Tornado lahat datu tu teknologi senjata HAARP tuuhh