Selasa, 5 Mac 2024

NEGARA ISLAM BERSIDANG



Mesyuarat OIC minggu depan bincang mengenai Palestin

ANKARA – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat berkata badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

OIC dalam satu kenyataan berkata, sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu (AA).

November lepas, OIC dan Liga Arab mengadakan sidang kemuncak bersama di Riyadh yang menerima pakai beberapa keputusan, termasuk menugaskan jawatankuasa untuk melawat ibu negara di seluruh dunia selain berusaha menghentikan perang Israel terhadap rakyat Palestin.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran, pemindahan penduduk serta kebuluran di wilayah Palestin yang terkepung itu. – Bernama

BERBINCANG

TAK HABIS HABIS

AMIN

YANG WAJIB ADA

IALAH PLAN

TINDAKAN

AMIN

CAKAP MULUT

DAH BERBUIH

AMIN

Tiada ulasan: