Ahad, 10 Mac 2024

PERLEMBAGAAN BERSATU PASTI TAK LULUS



Kami cabar PM sebab bimbang ada tangan ghaib - Muhyiddin

PAGOH: Presiden BERSATU,  Muhyiddin Yassin berkata tindakan beliau mencabar Kerajaan Perpaduan supaya mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana bimbang wujud tangan ghaib dalam usaha meluluskan pindaan perlembagaan partinya.

Muhyiddin berkata, ini kerana beliau menyedari proses kelulusan pindaan perlembagaan parti akan membabitkan bidang kuasa tertentu bawah kerajaan yang diketuai  Anwar Ibrahim.

Walaupun ia dibuat selari dengan pindaan Perlembagaan berkaitan Akta Anti Lompat Parti, beliau tetap menzahirkan kebimbangan berlakunya campur tangan pihak tertentu.

"Kenapa saya cabar PM (Perdana Menteri)? Sebab saya tahu ada bidang kuasa tertentu bawah kerajaan, ..siapa kerajaan yang menentukannya? PM lah.

"Kita tidak mahu ada halangan daripada pihak berkenaan seperti Speaker Dewan Rakyat, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), untuk tidak membenarkan proses pindaan itu dijalankan. Itulah saya saya maksud (mengenai cabaran itu).

"Jadi, kita cabar sebab hendak lihat kalau PM bercakap itu dan ini...itu hak dia, sebab dalam pemikiran saya, proses kelulusan harus berjalan lancar tiada sekatan daripada dilaksanakan.

"Apapun ia melibatkan soal kuasa kerajaan seperti ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), SPR, dan saya harap tiada halangan atas apa jua sekali pun, ia mesti dilaksanakan," katanya.


Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau bersama kepimpinan parti akan berjumpa ROS esok untuk berbincang proses selanjutnya mengenai pindaan perlembagaan yang diluluskan padaPerhimpunan Agung Khas 2 Mac lalu.

Semalam, Anwar dalam lawatan kerja ke Pulau Pinang berkata, Muhyiddin tidak layak mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytiharkan pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana beliau sendiri dianggap sebagai 'pakar lompat'.

Katanya, keputusan sama ada pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu DUN berkenaan sepatutnya dibuat individu yang mewakilinya semua kerusi berkenaan.

Jelasnya, Muhyiddin selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak boleh membuat sebarang keputusan mengenainya termasuk mencabar Kerajaan Perpaduan yang mendapat sokongan wakil rakyat terbabit.


KAH KAH KAH

PASTI TAK LULUS

AKAN DILAMBATKAN

AMIN

MUSTAHIL LAGI

BODOHLAH ANWAR

KALAU LULUS

KAH KAH KAH

ADA PRK PH

PASTI BUNGKUS

KAH KAH KAH

AMIN

MUHYIDIN INGAT

KITA DI SWEDEN

WOIT INI

MALAYSIA ADA

KUASA DIA RAJA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tt ni ada kapir pakai kondom, kondom bocor, beracuk buat anak pandai.. tak ada jakim jaga... lu tak nak hebahkan ke ? https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/03/1221946/lelaki-wanita-ditahan-selepas-2-bayi-mati-ditemui-dalam-botol-kaca-di

Tanpa Nama berkata...

Sham, tak ada gambar lain ka lu nak tunjuk, baik lu tujuk gambar Sarimah ka, gambar Nika Gee ka, gambar Ziana Zain ka gambar Altantunya atau gambar...