Isnin, 18 Mac 2024

RAFAH AKAN DISERANG



Netanyahu lulus serangan ke atas Rafah

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan telah memberi lampu hijau untuk pasukan tentera negara itu melakukan serangan ke atas Rafah iaitu kawasan paling selatan di Gaza.

The Times of Israel melaporkan pejabat Netanyahu memberitahu, beliau telah meluluskan rancangan operasi ketenteraan di kawasan yang menjadi titik tumpuan pelarian rakyat Palestin dari utara, tengah dan selatan Gaza untuk mencari perlindungan.

Israel mendakwa terdapat empat batalion tentera Hamas berada di Rafah dan kekal sebagai kubu terakhir pasukan pejuang Palestin selepas Israel membedil dan memusnahkan lawasan utara dan tengah Gaza.

Laporan itu mengatakan, serangan diperlukan untuk mencapai matlamat perang dan bukan persoalan “jika” tetapi “bila.”

Selepas mesyuarat Kabinet perang pada hari Jumaat, Netanyahu menolak cadangan terbaharu yang dikemukakan oleh Hamas dan mengatakan tuntutannya “masih tidak masuk akal.”

Israel dan Hamas telah bergelut untuk bersetuju dengan perjanjian selama berminggu-minggu kerana kedua-dua pihak saling menuduh mensabotaj rundingan dan membuat tuntutan yang tidak munasabah.

Israel terus menegaskan ia tidak akan bersetuju dengan sebarang perjanjian yang merangkumi penamatan kekal kepada perang, dengan Hamas masih berkuasa.

Adalah dipercayai terdapat 130 tebusan Israel kekal di Gaza – tidak semuanya hidup – selepas 105 orang awam dibebaskan dari tahanan semasa gencatan senjata selama seminggu pada akhir November. – Agensi



BILA BILA

MASA SAJE

RAFAH AKAN

DISERANG

AMIN

KITA LIHAT APA

AKN DILAKUKAN

OLEH AMERIKA

DAN EROPAH

KHALAS

Tiada ulasan: