Pasangan suami isteri bekal senjata api pada warga Israel direman hari ini
KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang diberkas selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel berjaya diberkas di sebuah hotel di Jalan Ampang, semalam akan direman hari ini.
Perintah reman itu bagi membantu siasatan lanjut polis dalam kes tersebut.
Sumber berkata, suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan berjaya ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor kira-kira jam 7.15 malam.
Polis kemudian turut menemui sepucuk pistol dalam beg galas dalam sebuah kereta semasa pemeriksaan di kediaman suspek di Kuala Selangor.
Suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media semalam di Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras telah mengumumkan mengenai tangkapan suspek warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek berjaya membawa kepada penemuan enam pucuk pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru.
Polis turut merampas dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.
Hasil soal siasat polis, suspek mendakwa dia telah datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan