140 wartawan maut di Gaza sejak 7 Oktober – RSF
TEHRAN – Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) melaporkan angka wartawan yang maut sejak serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza mencecah 140.
Menurut Agensi Berita Republik Iran (IRNA), Sama News Palestine memetik RSF berkata sejumlah besar wartawan maut dalam serbuan, pengeboman dan serangan misil sejak 7 Ok 2023.
RSF menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas rejim Israel dalam usaha untuk mengelakkan tragedi seperti itu di Gaza.
Catherine Russell, Pengarah Eksekutif Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) juga berkata serangan terhadap Gaza meragut nyawa lebih 13,000 kanak-kanak dan ramai lagi yang cedera.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan pada Sabtu bahawa angka korban genosid Israel mencecah 33,137 dan 75,815 cedera. – BERNAMA-IRNA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan